Tan Sri Musa Aman kekal sebagai presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) bagi sesi 2018-2022 selepas menang tanpa bertanding dalam kongres persatuan berkenaan di Kota Kinabalu, semalam.
Selain Musa yang juga Ketua Menteri Sabah, dua penyandang jawatan timbalan presiden sebelum ini, iaitu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, dan Datuk Lawrence Gimbang, turut mengekalkan jawatan mereka selepas menang tanpa bertanding.
Empat jawatan naib presiden pula diisi dua muka baharu, iaitu Benedict Asmat dan Datuk Harun Ismail manakala dua lagi, iaitu Joehari Ayub serta Datuk Yusof Kassim, mengekalkan jawatan yang disandang mereka sebelum ini.
Joehari mendapat undi tertinggi (34), diikuti Benedict (31), Harun (30) dan Yusof (26) manakala dua lagi penyandang sebelum ini yang turut bertanding, iaitu Datuk Jahid Jahim serta Datuk Osman Jamal, gagal mempertahankan jawatan mereka selepas masing-masing mendapat 25 dan 18 undi.
Sementara itu, lapan yang terpilih bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) pula terdiri daripada Datuk Juil Nuatim (37 undi), Rosdi Wasli (31), Dr Chaco Buloh (33), Datuk Rahman Zakaria (29), Iman Ali (28), Osman Abdullah (27), Shamsudin Mohd Shah (27) dan Jimson Majemal (26).
Tiga lagi calon yang bertanding tetapi tidak berjaya menduduki jawatan berkenaan ialah Azman Mastar (22 undi), Benedict (18) dan Hussin Rahim (12). Bagaimanapun, Benedict dipilih untuk jawatan naib presiden.
Dalam pada itu, jawatan setiausaha agung, penolong setiausaha, bendahari, penolong bendahari serta empat ahli bebas akan diisi secara lantikan.
Seramai 41 perwakilan daripada 24 SAFA daerah hadir dalam kongres yang dirasmikan Lawrence itu.