Penyerang Bayern Munich, Thomas Muller, tidak melihat kehadiran James Rodriguez ke juara Jerman itu sebagai pesaing, namun menganggapnya sebagai pencetus semangat untuk memperbaiki rekod jaringan peribadi.
Musim lalu, Muller hanya berjaya mencatat nama dalam senarai penjaring sebanyak lima kali dalam liga dan dia amat teruja apabila James bersetuju untuk dipinjamkan selama dua tahun ke Bayern dari Real Madrid.
Tanpa ada perasaan tercabar dengan kehadiran James serta Corentin Tolisso dari Olympique Lyon, Muller yakin mereka mampu beraksi bersama dan akan menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diberikan oleh pengurus, Carlo Ancelotti.
“Mereka berdua mempunyai perwatakan yang menarik serta kualiti yang tinggi. Ia dapat dilihat setiap kali waktu latihan, jadi ia lebih kepada bekerjasama berbanding bersaing antara satu sama lain.
“Tidak kira sama ada saya penjaring gol atau penggerak serangan tetapi yang pasti, saya mahu membantu pasukan,” kata Muller.
Empat daripada lima gol yang dijaringkan Muller dalam Bundesliga pada musim lalu hadir di penghujung saingan dan penyerang berusia 27 tahun itu bertekad mahu memperbaiki kelemahan tersebut.
“Saya memerlukan sedikit masa untuk mengenali pelatih dan sistem baru tetapi sejak Januari, ia menjadi semakin baik.
“Saya tidak sabar untuk memulakan saingan musim baru,” tambahnya.