Skip to main content

Bola Sepak

Moyes selar aksi longlai West Ham

080118moyes.jpg
SHREWSBURY 0 WEST HAM 0

David Moyes menyifatkan West Ham kekurangan kualiti ketika seri tanpa jaringan bertemu Shrewsbury Town dalam saingan Piala FA, semalam.


Moyes membuat empat pertukaran dalam pasukan ketika seri 1-1 dengan Tottenham di Wembley pada Ahad lalu tetapi The Hammers gagal mempamerkan persembahan terbaik walaupun Joe Hart mempamerkan persembahan cemerlang.

Penjaga gol kebangsaan England itu telah diuji dengan percubaan daripada Shaun Whalley dan Mat Sadler manakala kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sekadar melakukan empat percubaan ke arah pintu gol lawan, dengan hanya dua daripadanya menemui sasaran di New Meadow.

Moyes sebelum ini tewas kepada Shrewsbury pada 2003 ketika mengendalikan Everton dan beliau berharap peningkatan dapat dipamerkan di Stadium London nanti.

"Saya tidak berasakan kami mempamerkan kualiti terbaik dan ia adalah satu kekecewaan buat kami," kata Moyes.

"Berdepan pasukan ini, anda perlu bersedia dan bersaing secara fizikal menjadi keutamaan.

"Buat masa ini, kami perlu kembali mengatur strategi yang lebih rapi ketika menerima kunjungan mereka di Stadium London nanti," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video