Jose Mourinho mengucapkan tahniah kepada bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney, yang mengambil keputusan untuk bersara daripada saingan antarabangsa.
Rooney meninggalkan Old Trafford selepas 13 tahun untuk kembali menyertai Everton. Selepas permulaan yang baik, dia dilihat mengintai semula peluang untuk kembali menyarung jersi The Three Lions sehingga dia mengumumkan persaraannya.
Pengurus United, Mourinho, mendedahkan Rooney telah memberitahu beliau mengenai keputusannya dan mengucapkan tahniah kepada pemain berusia 31 tahun itu.
"Rooney memberitahu kepada saya pada malam sebelum pengumuman dilakukan," kata Mourinho.
"Saya bukan sesiapa untuk memberitahu kepadanya bahawa saya setuju, tidak setuju, lakukan ataupun terus bermain.
"Saya hanya mendengar sebab yang diberikan oleh Rooney dan saya memahaminya. Dia mengambil keputusan ini demi Everton dan keluarganya.
"Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Rooney di atas pencapaian yang telah berjaya dilakukannya untuk England."
Rooney menjaringkan 53 gol di pentas antarabangsa untuk menjadikan dirinya sebagia pemain paling prolifik England dan telah memiliki 119 kap sejak membuat penampilan pertama pada Februari 2003.