Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho sedar Ibrahimovic beri kesan besar untuk United

mourinho-knew-ibrahimovic-would-be-massive-for-united.jpg
BLACKBURN ROVERS 1 MANCHESTER UNITED 2

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, tidak pernah meragui Zlatan Ibrahimovic yang akan memberikan kesan besar kepada skuad itu musim ini.


Penyerang dari Sweden itu terus menemui rentak jaringan awal pagi tadi, selepas masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan 2-1 ke atas Blackburn Rovers dalam saingan Piala FA.

Ibrahimovic menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan lalu dalam semua pertandingan dan mengumpul 24 jaringan untuk musim ini.

Pemain berusia 35 tahun itu tiba di Old Trafford dengan beberapa persoalan, tetapi Mourinho berkata, dia tahu apa yang bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) dan Barcelona itu akan hasilkan.

"Saya tidak tahu jumlah gol (Ibrahimovic jaringkan), saya tidak tahu," katanya dalam sidang akhbar.

"Saya tahu bahawa dia akan menjadi pemain yang sangat penting bagi kami. Saya tahu ia pasti.

"Satu lagi gol, gol kurang satu, tetapi saya tahu bahawa sumbangan itu besar bagi kami."

Ibrahimovic muncul selaku penjaring kemenangan pada minit ke-75 selepas Marcus Rashford memadamkan gol pembukaan Danny Graham dalam aksi di Ewood Park.   

Kemenangan United menyaksikan mereka mara ke suku akhir Piala FA dan akan menghadapi Chelsea pada 11 Mac nanti.
 

Advertisement

Must Watch Video