Jose Mourinho mendedahkan kerjaya pengurusannya yang seterusnya harus didampingi orang yang menyayanginya.
Pengurus kelahiran Portugal itu tidak mempunyai sebarang pasukan untuk diuruskan sejak dipecat Manchester United, Disember lalu.
Mourinho berkata dia sudah menolak beberapa tawaran kerana kelab tersebut kekurangan impian besar dan menambah pasukan barunya nanti perlu dipenuhi dengan individu yang akan gembira untuk bekerjasama dengannya.
"Jika kelab tersebut tidak mempunyai cita-cita, saya tidak akan menyertai mereka. Saya menolak kerana saya mahukan bola sepak di peringkat tertinggi dan bercita-cita besar di tahap tertinggi," kata bekas pengendali Real Madrid dan Chelsea itu kepada The Telegraph.
"Ia merupakan item (keperluan) kedua saya. Item utama adalah struktur empati. Saya mahu bekerja di samping orang yang saya sayangi. Orang yang saya gembira untuk bekerjasama dengan mereka dan berkongsi idea yang sama.
"Itu yang saya terima sewaktu bersama Inter Milan. Terdapat kelab seperti itu dan kebiasaannya ia amat penting untuk menjamin kejayaan kelab berkenaan," katanya.
Sebagai rekod, Mourinho pernah membimbing United untuk menjuarai Liga Europa, Piala Liga Inggeris (EFL) dan Perisai Komuniti, namun dia bergelut untuk membimbing pasukan itu musim ini sebelum dipecat.