ATLETICO MADRID 2 VILLARREAL 0
Alvaro Morata mengakui dia pada mulanya tidak meraikan jaringan pertamanya untuk Atletico Madrid kerana bimbang akan dikecewakan oleh video bantuan pengadil (VAR) buat sekian kalinya.
Penyerang Sepanyol itu menyempurnakan hantaran lintang Filipe Luis untuk memecah kebuntuan jaringannya dalam kemenangan 2-0 ke atas Villarreal dalam aksi LaLiga di Wanda Metropolitano, tengah malam tadi.
Ia menamatkan kemarau sembilan perlawanan liga buat Morata yang golnya dibatalkan VAR dalam kekalahan 1-3 kepada Real Madrid dan kemenangan 2-0 ke atas Juventus dalam pertembungan Liga Juara-Juara (UCL), minggu lalu.
Pemain pinjaman daripada Chelsea itu lega kerana pengadil membenarkannya untuk menikmati golnya.
"Akhirnya!" katanya, seperti yang ditulis oleh AS. "Saya sangat gembira dengan tiga mata ini, adalah penting untuk meraih tiga mata di laman sendiri.
"Saya sempat bergurau dengan rakan sepasukan dan saya mahu pastikan jaringan itu disahkan pengadil terlebih dahulu, sebab itu saya tidak meraikan jaringan tersebut."
Kemenangan itu yang dimuktamadkan oleh jaringan lewat Saul Niguez memastikan Atletico kembali menghambat pendahulu LaLiga, Barcelona, dengan tujuh mata.
Morata menegaskan mereka tidak akan berputus asa dalam perlumbaan kejuaraan sehinggalah secara matematiknya ia di luar jangkauan mereka.
"Kami perlu menunggu. Jika kami beraksi seperti ini secara sepasukan, sukar untuk melukai kami," katanya.
"Barcelona merupakan sebuah pasukan yang hebat tetapi kami akan berjuang sehingga ke saat akhir, selagi ada mata untuk direbut."