Skip to main content

Bola Sepak

Mora puas hati anak buah laksana arahan dengan berkesan

150217-benjamin-mora.jpg
"Saya gembira apabila pemain-pemain saya dapat mengikuti arahan dalam sistem permainan kami dengan baik," demikian ulasan ringkas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, selepas anak buahnya lolos ke pusingan ketiga Piala FA. 

JDT memastikan kemaraan mereka apabila menewaskan Felda United 2-0 malam tadi. Ia kesinambungan kemenangan 3-1 ke atas lawan yang sama dalam saingan Liga Super pada Januari lalu. 

Pelawat meraih jaringan pendahuluan pada minit ke-12 menerusi Gabriel Guerra. 

Enam minit berselang, The Fighters mendapat peluang keemasan, malangnya penyudah Gaston Cellerino tumpul di depan gol. 

Tuan rumah akhirnya berjaya menerjah gawang JDT pada minit ke-64 menerusi jaringan Cellerino, sebelum dihampakan kerana didapati ofsaid. 

Ketika skuad Felda asyik memburu gol penyamaan, JDT membuat kejutan apabila menambah jaringan, kali ini menerusi sentuhan Gonzalo Cabrerra, 10 minit sebelum masa sebenar berakhir. 

"Kami menjaringkan gol tapi dibatalkan.

"Saya fikir, kalau gol itu diambil kira, perlawanan pasti akan berlangsung lebih sengit lagi," kata jurulatih sementara Felda, Mohamad Nik. 

Advertisement

Must Watch Video