Skip to main content

Bola Sepak

Montella mahu bina keghairahan Milan

vincenzo-montella-200817.jpg
Vincenzo Montella mengelak jangkaan tinggi terhadap AC Milan di sebalik tanggapan ramai bahawa Rossoneri mampu mencabar dominasi Juventus dalam saingan Serie A selepas mendapatkan ramai muka baru di San Siro.

Milan berbelanja besar pada musim panas ini dengan memancing Leonardo Bonucci, Ricardo Rodriguez, Hakan Calhanohglu dan Andre Silva, sekaligus mencerahkan peluang mereka untuk meraih gelaran liga sejak 2011 -- kali terakhir pasukan selain Juve memenangi gelaran. 

Namun, ketua jurulatih, Montella, berkata wajah baru Rossoneri memerlukan masa sebelum menjadi pencabar utama di pentas tinggi. 

"Saya tidak berminat dengan tanggapan ramai yang mengatakan Milan adalah pencabar kejuaraan," katanya dalam sidang akbar menjelang pertemuan dengan Crotone. 

"Kami mendapatkan ramai pemain baru dan kami perlu menjadikan ia sebuah pasukan sebagai langkah pertama, kemudian menjadi sebuah pasukan yang meraih kemenangan. 

"Saya tidak berasa sebarang tekanan, namun kami tidak mengehadkan pencapaian kami. Kami sedar banyak pasukan di luar sana yang mempunyai persefahaman baik. Milan memerlukan masa untuk kembali digeruni dan kami telah meletakkan asas yang betul. 

"Objektif kami adalah menyalakan keghairahan dan kebanggaan peminat, terutama selepas Pengarah, Marco Fassone dan Massimiliano Mirabelli, mengembalikan senyuman mereka."

Sehubungan itu, Milan tidak akan memandang mudah lawan mereka berikutan Crotone memenangi enam daripada sembilan aksi terakhir mereka penghujung musim lalu. 

"Dalam beberapa aksi terakhir musim lalu, Crotone meraih keputusan yang sesuai untuk sebuah pasukan Liga Juara-Juara," tambah Monetela. 

"Saya menjangkakan sebuah aksi seperti pertemuan terakhir kami (seri 1-1 pada April) apabila kami menunggu waktu yang sesuai untuk melancarkan serangan."
 

Advertisement

Must Watch Video