Skip to main content

Bola Sepak

Mkhitaryan tidak sabar lakar sejarah bersama The Gunners

henrikh-mkhitaryan_3.jpg
Henrikh Mkhitaryan ingin mengukir sejarah selepas melengkapkan perpindahan impian ke Arsenal dalam perjanjian melibatkan pertukaran pemain yang menyaksikan Alexis Sanchez ke Manchester United.

Mkhitaryan gagal mengukuhkan tempatnya dalam skuad utama United susulan perpindahannya bernilai £26.3 juta (RM144.4j) dari Borussia Dortmund pada 2016 sementara kontrak pemain antarabangsa Chile, Sanchez, di Stadium Emirates akan berakhir pada akhir musim ini.

Pemain antarabangsa Armenia itu menyatakan kepuasannya sejurus melengkapkan perpindahan ke utara London, di mana dia menandatangani kontrak jangka panjang.

"Saya sangat gembira kerana kami dapat menyelesaikan kesepakatan ini dan saya sangat senang berada di sini," kata Mkhitaryan kepada laman rasmi Arsenal selepas pengesahan langkah itu, awal pagi tadi.

"Ini merupakan impian menjadi kenyataan kerana saya sentiasa mengimpikan untuk beraksi bersama Arsenal. Kini saya berada di sini, saya akan melakukan yang terbaik untuk kelab ini bagi mencipta sejarah.

"Saya sentiasa meminati corak permainan Arsenal dan pendekatan Arsene Wenger mengurus pasukannya. Ramai pemain muda dikendalikannya, dia mengurus mereka dan mereka telah melakukannya dengan baik.

"Sudah tentu saya suka dengan permainan Thierry Henry. Saya suka cara dia bermain dan mungkin itulah alasannya untuk menyokong Arsenal," ujarnya.

Wenger gembira dapat menyambar khidmat Mkhitaryan serta memuji kebolehan yang dimiliki anak buah barunya itu.

"Henrikh adalah pemain yang sangat lengkap," kata Wenger.

"Dia mencipta peluang, dia bertahan dengan baik, dia bekerja keras di atas padang dan juga sangat komited, saya harus mengatakan bahawa dia adalah pemain yang mempunyai ciri-ciri yang lengkap," katanya.

Pierre-Emerick Aubameyang kini menjadi buruan The Gunners yang seterusnya.

Borussia Dortmund mendakwa Arsenal telah membuat tawaran rasmi untuk penyerang yang diketepikan pada hujung minggu lalu itu biarpun Wenger menafikan sebarang langkah berpotensi. 

Advertisement

Must Watch Video