AC MILAN 3 CAGLIARI 0
Gennaro Gattuso menuntut AC Milan supaya menunjukkan keghairahan mereka bagi memburu tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas kembali ke kedudukan empat terbaik Serie A dengan menundukkan Cagliari 3-0, awal pagi tadi.
Atalanta, Roma dan Lazio meraih kemenangan dalam perlawanan terdahulu yang menyaksikan Milan jatuh ke tangga ketujuh menjelang pertemuan di San Siro itu.
Selepas kapten Cagliari, Luca Cappitelli, terjaring bola ke gawang sendiri, Lucas Paqueta membuka akaun jaringannya buat skuad Rossoneri itu sebelum Krzysztof Piatek memastikan tiga mata diraih Milan.
Hanya satu mata membezakan Milan, yang kembali ke tangga keempat, dengan pasukan di tangga ketujuh, Lazio, dengan skuad kendalian Gattuso itu akan menghadapi Atalanta -- di tangga kelima -- minggu depan.
Gattuso menuntut pasukannya supaya memaparkan aksi konsisten sepanjang baki saingan musim ini untuk memburu kedudukan empat terbaik bagi melayakkan semula pasukan itu ke Liga Juara-Juara Eropah.
"Kami bermain dengan baik, memaparkan bola sepak yang baik dan mungkin menjaringkan lebih banyak gol," katanya kepada Sky Sport Italia.
"Saya tidak menggemari kelakuan pemain tengah kami dalam separuh masa pertama, kami sepatutnya lebih menguasai permainan.
"Ada sesetengah prestasi yang menggembirakan saya dan kami perlu memastikan kedua-dua fasa -- menyerang dan bertahan -- dilakukan dengan betul. Kami bernasib baik hari ini.
"Kini, ia tentang keghairahan, keinginan kami untuk bersatu sebagai sebuah unit.
"Saya tidak mahu mendengar 'saya' daripada mereka selepas ini, ia tentang 'kami'.
"Selama bertahun-tahun sebelum ini, apabila tiba separuh musim, Milan akan terkeluar daripada perebutan tempat ke Liga Juara-Juara.
"Kami perlu memecahkan kebiasaan itu dan berusaha keras untuk memburu kedudukan yang kukuh menjelang minggu terakhir (musim ini)," katanya.
Gattuso tampil lebih langsing di bahagian tepi padang dan pengurus Milan itu menjelaskan dia sedang memulakan perubahan gaya hidup.
"Ramai menyangkakan ia berpunca daripada tekanan, namun itu tidak benar.
"Saya kini lebih tenang kerana mengurangkan makanan, mengurangkan minuman dan lebih banyak bersenam.
"Apabila anda mencecah 200 kilogram dengan ketinggian 1.20 meter, anda akan mula berasa malu dan berusaha untuk mengubahnya," katanya.
Walaupun Milan meraih kemenangan selesa, Hakan Calhanoglu masih gagal untuk menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Serie A.
Bagaimanapun, Gattuso mempertahankan pemain kebangsaan Turki itu.
"Saya mengharapkan sesuatu yang lebih daripada Hakan Calhanoglu, dia memiliki teknik yang cukup hebat.
"Namun, anda perlu melihat juga sejauh mana dia berlari dan usaha yang dilakukannya dalam perlawanan.
"Tidak adil untuk kita mengkritiknya, saya gemar untuk menyaksikan peranannya dalam pasukan.
"Dia bukanlah pemain sayap sebenar, saya sedar tentang perkara itu.
"Namun, dia mampu untuk menghubungkan jentera tengah dan serangan kami dengan kualiti yang dimilikinya," tambahnya.