MILAN 1 CROTONE 0
Ketua jurulatih AC Milan, Gennaro Gattuso, mengkritik pemain-pemainnya yang banyak mengambil risiko ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Crotone dalam saingan Serie A, semalam.
Milan menghadapi perlawanan ini selepas gagal mencipta sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut dalam saingan liga tetapi jaringan Leonardo Bonucci pada minit ke-54 sudah memadai untuk meraih tiga mata.
Bagaimanapun, Gattuso meluahkan kekecewaannya terhadap persembahan pasukan kerana gagal mencipta lebih banyak jaringan dan hampir mengakhiri saingan dengan keputusan seri.
"Kami gagal mempamerkan persembahan yang baik, pasukan memerlukan aksi yang lebih konsisten," kata Gattuso.
"Saya hanya meraikan ketika anda sedang memenangi perlawanan, jika tidak, ia adalah sesuatu yang tiada makna.
"Kami bermain baik selama 70 minit tetapi terlalu banyak melakukan kesilapan dan mengambil risiko. Kami mahu meningkatkan lagi persembahan dalam perlawanan akan datang," katanya.
Kemenangan ini meletakkan Milan di tangga ke-10 dalam saingan Serie A.