Skip to main content

Bola Sepak

MFL terima dokumen daripada PFA

peris.jpg
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini menerima dokumen yang diperlukan daripada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dalam usaha skuad Singa Utara itu melakukan rayuan untuk terus kekal beraksi dalam Liga Perdana musim ini.

Di peringkat awal, PFA gagal memenuhi tuntutan MFL apabila tidak menghantar dokumen berkaitan pagi tadi, namun selepas penganjur Liga Malaysia itu melanjutkan tempoh sehingga petang, ia akhirnya dapat diselesaikan.

Dokumen yang diserahkan itu akan dipantau Lembaga Pengarah MFL sebelum keputusan dibuat sama ada permohonan Perlis untuk kekal bersaing dalam Liga Perdana diterima atau tidak.

"Kami telah menerima segala dokumen tersebut, namun sekretariat MFL akan membuat semakan dan penilaian hari ini dan esok. Setelah selesai, kami akan panjangkan kepada ahli Lembaga Pengarah MFL untuk keputusan selanjutnya," kata Ketua Pegawai Operasi MFL, Sazly Shaik.

"Selepas mendapat kelulusan daripada MFL untuk kami terus berada dalam Liga Perdana 2019, Insya-Allah semua tunggakan 2018 buat pemain dalam skuad Liga FAM, Piala Presiden dan Piala Belia dapat diselesaikan. Begitu juga dengan tempoh dua bulan bagi pemain musim 2019," ujar Timbalan Presiden PFA, Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan.

Advertisement

Must Watch Video