Skip to main content

Bola Sepak

Messi ucap selamat maju jaya buat Neymar

lionelmessineymar-030817.jpg
Bintang Barcelona, Lionel Messi, mengucapkan selamat maju jaya kepada Neymar selepas pemain Brazil itu semakin menghampiri perpindahan rekod dunia ke Paris-Saint Germain (PSG).

Neymar telah meminta untuk dilepaskan oleh Barca sebelum dikecualikan daripada sesi latihan oleh pengendali, Ernesto Valverde.

Messi, yang membentuk gandingan dengan jolokan 'MSN' bersama Neymar dan Luis Suarez di Camp Nou, mengucapkan selamat maju jaya buat bintang berusia 25 tahun itu menerusi laman sosial Instagram miliknya.

“Saya mengucapkan selamat untuk anda di dalam satu fasa baru dalam hidup anda,” kata Messi.

Barcelona semalam mengesahkan bahawa Neymar telah membuat permintaan untuk meninggalkan Camp Nou, namun pasukan yang berminat dengan khidmatnya perlu membayar klausa perpindahan berjumlah EUR222 juta (RM1.1 bilion).

Sejak menyertai Barca pada 2013, Neymar mencatatkan 105 gol dalam 186 perlawanan dan 20 daripadanya berpunca daripada Messi sementara dia sendiri mencipta sebanyak 22 bantuan jaringan buat bintang Argentina itu daripada 59 jumlah keseluruhan.

Advertisement

Must Watch Video