Bintang Barcelona, Lionel Messi, memuji impak Ernesto Valverde bersama kelab berkenaan sejak mengambil alih peranan sebagai ketua jurulatih.
Bekas pengurus Athletic Bilbao itu menggantikan Luis Enrique di Camp Nou dan meneruskan rentak kemenangan mereka dalam Copa del Rey.
Valverde berdepan permulaan sukar yang menyaksikan Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan nilai €222 juta (RM1 bilion) Ogos lalu manakala musim mereka bermula dengan kekalahan agregat 5-1 kepada Real Madrid dalam Supercopa de Espana.
Sejak itu, Barca hanya kalah sekali dalam semua pertandingan dan kemenangan agregat 2-1 ke atas Espanyol dalam suku akhir Copa del Rey bermakna mereka berada di landasan untuk meraih tiga kejuaraan musim ini.
Messi mendedahkan pendekatan permainan Valverde adalah jelas sejak dari awal lagi dan dia gembira dengan kempen di bawah asuhan bekas penggempur itu.
"Ia jelas sejak dari awal lagi," katanya semalam. "Dia berpesan apa yang dihajatinya dan kami menyesuaikan diri. Ia tidak begitu berbeza dengan apa yang telah kami lakukan.
"Kami menjadi mantap di bahagian pertahanan dan memiliki pemain berkualiti tinggi di bahagian hadapan yang boleh membawa kemenangan."
Messi juga berpuas hati dengan dasar penggiliran pemain yang diamalkan Valverde sambil menegaskan dia menerima manfaat daripada langkah itu.
"Ia membolehkan saya hidup dengan normal dan tenang," katanya. "Jurulatih memutuskannya, kami bercakap mengenainya dan saya tidak mempunyai masalah dengan penggiliran pemain, sama seperti rakan sepasukan lain," ujarnya.
Kemenangan 2-0 Barca ke atas Espanyol di Camp Nou semalam mencerahkan harapan mereka untuk meraih dua kejuaraan dalam tempoh empat musim yang menyaksikan Messi menjaringkan gol kedua -- gol ke-26nya dalam semua pertandingan musim ini.
Prestasi pemain Argentina itu menyebabkan ramai yang meramalkan dia akan memenangi Ballon d'Or yang keenam dalam kerjayanya tahun ini tetapi dia tetap fokus kepada pemburuan trofi bersama pasukan.
"Saya sudah mengatakan matlamat saya bukanlah pencapaian individu tetapi untuk merebut semua trofi yang ada," katanya. "Diharapkan, kami akan menamatkan musim dengan cara terbaik. Kami kini berada di landasan yang betul.
"Nasib baik keadaan berjalan lancar, kami melepasi ujian sukar semalam.
"Saya gembira dengan perkara-perkara yang berlaku walaupun perjalanan masih jauh. Ia adalah matlamat yang sama seperti setiap musim: cuba untuk memenangi segala-galanya," tambahnya.
Messi juga gembira dengan ketibaan Philippe Coutinho dan Yerry Mina bulan ini, terutama kerana Javier Mascherano ke Hebei China Fortune.
"Coutinho dan Yerry boleh datang pada musim panas nanti tetapi mereka tidak mahu menunggu, " katanya.
"Masche meninggalkan pasukan dan kami mempunyai pemain tengah untuk menggantikannya dan kami gembira dengan situasi itu. Kami gembira mereka bersama kami."