Skip to main content

Bola Sepak

Messi: Barcelona lebih seimbang tanpa Neymar

messi-cropped_6p79f5lsiitv1rvnxnd4taeqx.jpg
Tiada Neymar? Tiada kebimbangan untuk pendahulu LaLiga, Barcelona, ​​yang lebih seimbang tanpa bintang Brazil itu, demikian menurut Lionel Messi.

Barca kehilangan Neymar selepas gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), mengaktifkan klausa pelepasannya bernilai  €222 juta (RM1 bilion) pada Ogos lalu.

Neymar, sebahagian pemain utama Barca yang terkenal sebagai penyerang trio 'MSN' bersama Messi dan Luis Suarez, membantu kelab itu merangkul dua gelaran Laliga dan Liga Juara-Juara.

Tetapi pemenang lima kali Ballon d'Or, Messi, berkata Barca -- tanpa kalah dan berkelebihan 11 mata di puncak liga -- lebih baik tanpa bintang Brazil itu.

"Tanpa Neymar, kami lebih seimbang," kata Messi kepada World Soccer.

"Kehilangannya bermakna perubahan dalam cara kami bermain, kami hilang banyak potensi menyerang, tetapi ia membantu dalam aspek pertahanan.

"Kami kini sangat baik di bahagian tengah, ini menjadikan kami lebih kuat dalam pertahanan," tambahnya.

Barca juga bersedia untuk pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, yang akan menemukan mereka dengan Chelsea untuk memburu tempat suku akhir.

Bagaimanapun, Messi percaya pasukan England lain -- Manchester City di bawah kendalian Pep Guardiola -- perlu diberi perhatian bersama dengan PSG.

"Manchester City adalah salah sebuah pasukan terkuat di dunia pada masa ini," kata penyerang Argentina itu. "Begitu juga dengan PSG.

"Bagaimanapun, masih banyak pasukan kuat dan saya tidak nafikan Real Madrid mempunyai banyak pengalaman dan berkualiti. Kemudian, ada Bayern Munich, sebuah lagi pasukan hebat yang akan berjuang hingga akhir . Tapi sekarang, City dan PSG adalah yang terbaik."

Advertisement

Must Watch Video