Skip to main content

Bola Sepak

Messi atasi rekod sepakan percuma Koeman

messi-breaks-koeman-s-barcelona-free-kick-record.jpg

Lionel Messi memecah satu lagi rekod di Barcelona apabila menjadi penjaring terbanyak menerusi sepakan percuma dalam sejarah kelab itu -- mengatasi rekod 26 gol yang dilakar bekas pemain, Ronald Koeman.

Barcelona sudah pun mendahului Athletic Bilbao 1-0 menerusi jaringan Paco Alcacer sebelum dianugerahkan sepakan percuma yang diambil pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or itu.

Rembatan bintang Argentina itu tepat ke sasaran, namun sepatutnya mudah diselamatkan penjaga gol, Gorka Iraizoz, sekaligus menghadiahkan sepakan percuma sempurna ke-27 buat Messi.

Ketika Messi menyamai rekod tersebut dalam aksi Piala Raja Sepanyol berdepan lawan sama , Januari lalu, pengendali Everton, Koeman, turut menghamburkan pujian terhadap pemain itu di laman sosial.

Gol ketiga dijaringkan Aleix Vidal turut melengkapkan gol ke-100 buat Barcelona dalam saingan kompetitif musim ini.

Advertisement

Must Watch Video