Ernesto Valverde mengesahkan Lionel Messi akan dinilai oleh staf perubatan Barcelona selepas mengalami kecederaan ketika seri 2-2 berdepan Valencia, awal pagi tadi.
Barca ketinggalan menerusi jaringan Kevin Gameiro dan Daniel Parejo sebelum Messi meledak dua jaringan untuk memastikan pasukannya berkongsi mata di Nou Camp.
Tetapi, Messi kelihatan mengalami kecederaan paha dalam separuh masa kedua, menerima rawatan sebelum kembali beraksi.
Hadir kebimbangan buat kapten Barca itu menjelang aksi Clasico Copa del Rey berdepan Real Madrid tetapi Valverde akan menunggu keputusan ujian terhadap Messi.
"Messi mengalami kecederaan ringan," kata Valverde.
"Kami perlu menunggu keputusan staf perubatan. Jika dia cergas, Messi akan turun berdepan Real Madrid."
Sementara itu, pemain tengah, Ivan Rakitic, memuji kebangkitan Barca untuk menyamakan kedudukan selepas ketinggalan dua jaringan walaupun kecewa sekadar meraih satu mata dalam perlawanan itu.
"Kami memiliki keazaman yang tinggi bagi mengubah keputusan perlawanan. Barcelona jauh lebih baik dalam separuh masa kedua," katanya.