Skip to main content

Bola Sepak

Mereka tidak akan mampu jatuhkan saya -- Ronaldo

23817cristiano-ronaldo.jpg
Cristiano Ronaldo menyifatkan keputusan rayuan untuk mengurangkan penggantungan lima perlawanannya kerana menolak pengadil ketika Real Madrid meraih kemenangan Supercopa de Espana ke atas Barcelona sebagai sesuatu yang "sukar untuk difahami".

Selepas dilayangkan kad kuning apabila membuka jersi ketika meraikan gol, Ronaldo kemudian dilayangkan kad kuning kedua kerana melakukan jatuhan simulasi di dalam kotak penalti.

Ronaldo kemudian menolak pengadil sebagai tanda tidak berpuas hati dengan keputusan itu -- gara-garanya dia menerima penggantungan lima perlawanan, keputusan yang telah dimuktamadkan oleh Mahkamah Pentadbiran Sukan Sepanyol, semalam.

Ronaldo, yang telah terpalit dengan kes penipuan cukai mengenai hak imejnya, kurang berpuas hati dengan keputusan itu.

"Ia satu lagi keputusan yang lebih sukar untuk difahami. Daripada satu ketidakadilan kepada satu ketidakadilan, mereka tidak akan mampu untuk menjatuhkan saya," katanya menerusi Instagram.

"Saya akan kembali lebih kuat. Terima kasih di atas sokongan anda semua kepada saya."

Real memenangi Supercopa 5-1 secara aggregat ke atas Barcelona dan membuka kempen LaLiga dengan meraih kemenangan 3-0 ketika bertemu Deportivo La Coruna.

Ronaldo tidak akan beraksi dalam tiga lagi perlawanan LaLiga berdepan Valencia, Levante dan Real Sociedad.

Advertisement

Must Watch Video