Skip to main content

Bola Sepak

Mereka jangka kami menang setiap perlawanan 5-0 -- De Bruyne

kevin-de-bruyne-and-bernardo-silva.jpg
MANCHESTER CITY 1 WEST HAM 0

Kevin De Bruyne menegaskan pasukannya, Manchester City, "tidak peduli" sama ada mereka memenangi perlawanan dengan margin yang besar atau tidak sambil mempertahankan prestasi mereka ketika menang tipis 1-0 ke atas West Ham United dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, awal pagi tadi.


City, yang sedang memburu empat kejuaraan musim ini selepas menewaskan Chelsea dalam penentuan penalti final Piala Liga Inggeris (EFL) di Stadium Wembley, Ahad lalu, merekodkan kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan liga dan kekal ketinggalan satu mata di belakang pasukan pendahulu, Liverpool.

Bagaimanapun, ketika Liverpool kembali ke landasan kemenangan dengan kejayaan besar menundukkan Watford 5-0 di Anfield -- dalam perlawanan yang berlangsung serentak -- hanya gol penalti Sergio Aguero dalam babak kedua selepas Bernardo Silva dijatuhkan Felipe Anderson, menjadi pemisah di antara City dan West Ham di Stadium Etihad.

Namun, De Bruyne berasakan City telah memaparkan aksi terbaik dan menyatakan pasukannya lebih mementingkan kemenangan berbanding jumlah gol yang dihasilkan.

"Saya berasakan kami bermain dengan amat baik, cuma kami tidak menjaringkan gol yang banyak," kata penyerang Belgium itu.

"Saya tidak rasa kami memberikan satu pun peluang buat West Ham. Selain tidak menjaringkan gol (lebih banyak), kami sudah beraksi dengan amat baik.

"Apa yang paling penting adalah kami mencipta peluang, ada yang ditepis keluar, ada yang kekurangan kualiti pada hantaran terakhir dan ia boleh berlaku.

"Apa yang penting, kami tetap meraih kemenangan.

"Prestasi kami amat baik. Saya tahu ramai yang menjangkakan kami akan menang 5-0 dalam setiap perlawanan, namun kami tidak ambil peduli.

"Kami beraksi dalam perlawanan yang sukar dua setengah hari yang lalu dan masih beraksi baik malam ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video