Pemain tengah Everton, James McCarthy, selamat menjalani pembedahan kakinya yang patah dua bahagian dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu lalu.
McCarthy menderita kecederaan itu susulan disepak penyerang West Brom, Salomon Rondon, dalam perlawanan di Goodison Park itu yang berkesudahan 1-1.
Bagaimanapun, sebaik menjalani pembedahan, pemain Republik Ireland itu mengesahkan sesi itu berjalan lancar dan dia akan memulakan program pemulihannya.
"Hanya satu mesej pantas untuk mengatakan bahawa pembedahan saya berjalan lancar, terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat!" kata McCarthy di dalam Instagram.
"Terima kasih kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan dan Olivia. Saya juga menghargai semua mesej, saya menghargainya."