Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan Kylian Mbappe tidak mengalami gegaran kepala dalam kekalahan 2-1 kepada Lyon, Ahad lalu, namun kelibatnya dan Neymar untuk menentang Guingamp pada awal pagi esok belum dapat dipastikan lagi.
Kepala Mbappe terhantuk dengan Houssem Aouar sebelum diusung keluar kerana berlaga dengan penjaga gawang Lyon, Anthony Lopes, ketika menuju masa rehat.
Pemain berusia 19 tahun itu akan menjalani pemeriksaan lanjutan dengan pakar neurologi manakala ketua jurulatih, Unai Emery, mendedahkan bahawa Mbappe telah menyuarakan hasrat mahu beraksi dalam pertembungan Coupe de France di Stade de Roudourou itu nanti.
Meskipun tidak mengalami kecederaan serius, PSG tidak akan mengambil risiko dengan menurunkan Mbappe tatkala Neymar juga hampir pasti terlepas berikutan mengadu masalah paha.
"Selepas 48 jam, (Mbappe) masih mengalami masalah lebam, namun ujian lanjutan tidak menemui sebarang bukti kecederaan trauma," kata PSG.
"(Neymar) tidak berlatih hari ini. Dia masih dipinggirkan akibat kecederaan paha kanan," ujarnya.