RENNES 2 PSG 3
Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, berkata dia berhak dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan ke atas Ismaila Sarr ketika pasukannya meraih kemenangan 3-2 dalam saingan Coupe de la Ligue ke atas Rennes.
Pemain berusia 19 tahun itu, yang kembali dalam kesebelasan utama setelah terlepas dua perlawanan kerana mengalami kecederaan belakang, bergelut untuk mencipta impak, gagal menghasilkan sebarang percubaan dan melakukan 20 sentuhan sepanjang perlawanan.
Aksi Mbappe di Roazhon Park awal pagi tadi itu hanya bertahan selama 63 minit sebelum dibuang padang kerana melakukan terjahan ke atas Sarr.
Pengadil perlawanan, Mikael Lesage, merujuk kepada sistem vieo bantuan pengadil (VAR) sebelum membuat keputusan melayangkan kad merah tetapi Mbappe menerimanya sebagai keputusan yang betul.
"Ia adalah kad merah. Saya gagal melakukan tugas dengan baik hari ini," kata Mbappe.
"VAR mengelak ketidakadilan. Ia adalah perkara yang betul. Saya memohon maaf di atas tindakan saya."
PSG mendahului perlawanan 3-0 hasil jaringan Thomas Meunier, Marquinhos dan Giovani Lo Celso sebelum Mbappe diarah keluar padang.
Diafra Sakho menjaringkan gol sulung buat Rennes dan Sanjin Prcic meledak gol kedua pada masa kecederaan untuk menjadikan kedudukan 3-2 tetapi skuad Unai Emery itu berjaya memastikan mereka melangkah ke final buat kali kelima.
Mereka seterusnya bakal berdepan pemenang aksi separuh akhir di antara Monaco dan Montpellier.