SAINT-ETIENNE 0 PSG 1
Kylian Mbappe memilih untuk memberikan tumpua kepada objektif Paris Saint-Germain (PSG) selepas jaringan kemenangannya ke atas Saint-Etienne dalam aksi Ligue 1, semalam.
Mbappe menjaringkan gol tunggal perlawanan apabila menyempurnakan hantaran silang Dani Alves dengan rembatan voli pada minit ke-73.
Ia merupakan gol ke-19 Mbappe dalam 18 perlawanan Ligue 1 musim ini, sekali gus melakar sejarah sebagai pemain pertama dalam Ligue 1 untuk melakukannya.
Pengurus, Thomas Tuchel, sekali lagi menggunakan khidmat pemain pertahanan, Marquinhos dan Juan Bernat di bahagian tengah.
Kemenangan itu menyaksikan PSG mendahului liga dengan kelebihan 12 mata dan Mbappe memuji persembahan yang ditampilkan pasukan.
"Kami bermain dengan baik berdepan pasukan yang berkualiti, terutama sekali di tempat lawan," katanya.
"Beberapa pasukan hadir ke sini untuk menang dan kami berjaya melakukannya. Kami sangat gembira kerana pulang dengan tiga mata.
"Kami perlu meneruskan momentum ini. Statistik permainan saya baik tetapi persembahan pasukan adalah keutamaan saya."
Pengendali Saint-Etienne, Jean-Louis Gasset, memberikan pujian kepada PSG di atas kemenangan mereka.
"Paris menghormati kami kerana mereka menurunkan skuad yang sama ketika berdepan Manchester United," kata Gasset.
"Kami mengambil keputusan untuk bertahan dan melakukan serangan balas. Kami tewas kepada satu gol yang sukar disempurnakan -- pemain berusia 20 tahun yang bakal menjadi salah seorang pemain terbaik dunia.
"Dia akan menjadi pemain terbaik dunia jika dapat meneruskannya dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi."