Skip to main content

Bola Sepak

Max jadi buruan gergasi EPL

philipp-max.jpg
Philipp Max berminat untuk berubah angin ke Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi menjangkakan untuk menghabiskan musim ini di Augsburg.

Pemain bek kiri itu -- anggota skuad pemenang pingat perak Jerman dalam Sukan Olimpik 2016 -- dilaporkan menarik perhatian beberapa kelab EPL, dengan Manchester City, Manchester United dan Liverpool antara kelab berpotensi yang dikaitkan.

Kemampuan menyerang yang dimiliki Max terserlah, khususnya musim ini apabila pemain berusia 24 tahun itu membekalkan 10 bantuan gol dalam 17 perlawanan Bundesliga.

Dia mempunyai kontrak bersama Augsburg sehingga 2022 dan memberitahu Sport Bild, perpindahan Januari tidak semestinya berlaku. 

"Sejak kecil lagi saya telah memasang impian untuk bermain di luar negara dan saya fikir EPL sesuai dengan gaya saya," kata Max.

"Kelab lain juga menarik perhatian saya tetapi biarlah topik ini untuk masa depan.

"Saya masih mempunyai kontrak dengan Augsburg. Dalam bola sepak, anda tidak boleh menolak sebarang kebarangkalian tetapi saya percaya bahawa saya akan bersama Augsburg pada separuh kedua musim ini," tambahnya.

Augsburg kini menduduki tangga kesembilan Bundesliga dan akan menjadi tuan rumah kepada pasukan yang sedang bergelut, Hamburg, minggu depan untuk aksi pertama mereka selepas cuti musim sejuk. 

Advertisement

Must Watch Video