Skip to main content

Bola Sepak

Mavropanos prospek pertahanan masa depan The Gunners

mavropanos.jpg
Arsenal mengumumkan pemain pertahanan Greece, Konstantinos Mavropanos, sudah memeterai perjanjian untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dari PAS Giannina.

Pemain berusia 20 tahun itu akan berpindah dengan bayaran yang tidak didedahkan -- laporan memetiknya sebagai membabitkan £1.8 juta (RM9.75j) dan tempoh kontraknya juga belum diumumkan.

Selepas seri 2-2 dengan Chelsea semalam, pengurus The Gunners, Arsene Wenger, mendedahkan Mavropanos dilihat sebagai prospek masa depan dan kemungkinan akan dihantar secara pinjaman.

Pemain antarabangsa Greece B-21 itu merupakan rekrut sulung Arsenal sejak mereka merombak jabatan pencarian bakat.

Ketua Pencari Bakat, Sven Mislintat, dibawa masuk dari Borussia Dortmund pada November lalu untuk mengambil alih peranan daripada Steve Rowley.

Advertisement

Must Watch Video