Blaise Matuidi mengimpikan kejuaraan Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam kariernya selepas menyempurnakan penghijrahannya ke Juventus.
Pemain kebangsaan Perancis itu telah memenangi empat gelaran Ligue 1 dan tiga kali menjuarai Coupe de France ketika berkhidmat untuk Paris Saint-Germain (PSG).
Tetapi kejayaan merangkul UCL merupakan sasaran utama pemain tengah itu, sama seperti Juve, yang memenangi trofi itu pada 1996 dan kemudian tewas tiga kali dalam final.
Matuidi yang berhijrah ke Itali dengan nilai perpindahan EURO20 juta (RM100 juta) meletakkan sasaran untuk membantu pasukan mencipta kejayaan di pentas Eropah bersama Juve.
"Setiap pemain mengimpikan kejayaan gelaran UCL tetapi ia bukan satu tugas yang mudah, ia memerlukan usaha yang sangat gigih, tetapi kami adalah salah satu kelab yang mahu menjuarainya," kata Matuidi.
"Bagaimanapun, Serie A juga penting buat kami, ia akan membantu kami untuk beraksi cemerlang di Eropah."