Skip to main content

Bola Sepak

Matic ingin kekal lama di Old Trafford

nemanja-matic-150817.jpg
Tonggak baru Manchester United, Nemanja Matic, dijangka menikmati karier yang panjang di Old Trafford selepas menyerlah dalam aksi pertama di laman sendiri, Ahad lalu. 

Pemain berumur 29 tahun itu dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan oleh kelab selepas membelasah West Ham 4-0 di mana Romelu Lukaku menyumbat dua gol. 

Matic juga merupakan salah seorang pemain yang menyerlah ketika mereka tewas 2-1 kepada Real Madrid dalam aksi Piala Super UEFA, dengan pengurus pasukan, Jose Mourinho, menggelarnya sebagai genius. 

Pemain antarabangsa Serbia itu tiba dari Chelsea dengan harga £40 juta (RM222j) serta berterima kasih kepada rakan sepasukannya yang membantunya untuk menyesuaikan diri dan berharap dapat menikmati musim hebat bersama kelab itu dalam tempoh yang lama.

"Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan, mereka menerima saya sejak hari pertama lagi dan saya dapat berasakan sokongan mereka," katanya kepada MUTV. 

"Saya berasa sangat selesa dan akan berada di sini dalam jangka masa yang lama. 

"Mereka telah membantu saya dan saya gembira jika dapat menyumbangkan sesuatu kembali, oleh itu saya membantu kami mencapai kemenangan. 

"Kami beraksi baik dan saya fikir penyokong juga gembira dengannya. Ia merupakan permulaan yang baik dengan tiga mata.

"Musim ini masih panjang tetapi kami perlu mengutip seberapa banyak mata yang mungkin. 

"Adalah hebat (bermain Old Trafford), apabila menyarung jersi ini anda dapat berasakan tekanannya kerana ini merupakan kelab besar, namun itulah sebabnya kami di sini. 

"Kami sedar dengan tanggungjawab besar bermain di Manchester United dan kami gembira dapat bermula dengan baik dan saya berharap kami dapat meneruskannya -- saya yakin pasukan ini mampu melakukan sesuatu yang hebat."

Advertisement

Must Watch Video