Marco Materazzi berasakan yuran besar yang dibayar Barcelona untuk menandatangani bekas rakan sepasukannya di Inter Milan, Philippe Coutinho, dari Liverpool adalah perkara mudah dalam perpindahan.
Barca dilaporkan perlu membayar sehingga £142 juta (RM776.8j) untuk menjamin khidmat pemain antarabangsa Brazil berkenaan.
Materazzi mendakwa dia tahu perancang tengah itu akan menjadi bakat istimewa sejak dia di Nerazzurri lagi.
Dan dengan Paris Saint-Germain (PSG) telah memecahkan rekod perpindahan dunia untuk memancing Neymar dari Camp Nou dengan yuran €222j (RM1 bilion) pada Ogos lalu, jumlah besar yang kini dibayar untuk memburu pemain berbakat menerbitkan sedikit kebimbangan Materazzi.
Bercakap kepada Omnisport mengenai Coutinho, bekas pemain antarabangsa Itali itu berkata: "Saya cukup bernasib baik dapat bermain bersama Coutinho ketika dia berusia 15 tahun apabila hadir dalam sesi uji bakat.
"Saya boleh memberitahu anda, dia pemain yang hebat.
"Harga selalu bergantung kepada tawaran dan permintaan. Jika ada pasukan yang meminta jumlah yang besar dan ada yang sanggup membayar jumlah tersebut, ia bukan masalah Marco Materazzi," katanya.