Pemain tengah, Juan Mata, tidak menyembunyikan rasa lega apabila berjaya membantu Manchester United mengubati kekecewaan tewas di tangan Real Madrid dalam aksi Piala Super Eropah selepas menewaskan West Ham United 4-0 ketika perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.
Dua gol daripada Romelu Lukaku dan masing-masing satu daripada Anthony Martial dan Paul Pogba memberikan permulaan sempurna buat skuad kendalian Jose Mourinho.
Kemenangan itu meletakkan Red Devils di puncak liga dan Mata yakin pasukannya mampu mencabar setiap pasukan bagi merebut kejuaraan liga musim ini.
“Sangat menyeronokkan apabila melalui perlawanan seperti menentang West Ham dan kami harus melakukannya selepas terlepas peluang meraih kejuaraan pertama ketika di Skopje.
“Saya berharap baki 37 perlawanan liga akan kekal dengan aksi ini dan walaupun kami sedar ia sesuatu yang sukar, kami harus mendapatkan tiga mata dalam setiap perlawanan,” kata Mata.
“Tahun ini akan menjadi lebih menarik kerana kami kembali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan berpeluang mendapatkan dua lagi piala (Piala EFL dan Piala FA),” tambahnya.
United bakal bertandang ke Stadium Liberty, Sabtu ini, untuk menentang Swansea City bagi aksi kedua EPL.