Pemain sayap West Ham United, Arthur Masuaku, memohon maaf secara terbuka kerana meludah ke arah Nick Powell semasa kekalahan 2-0 pasukannya kepada Wigan Athletic dalam Piala FA, kelmarin.
Masuaku menghadapi penggantungan enam perlawanan selepas dilayangkan kad merah berhuhung kejadian di Stadium DW itu.
Bos Hammers, David Moyes, melabel tindakan itu sebagai "hina" dan bersetuju dengan keputusan pengadil yang memerintahnya keluar padang.
Dan pemain berusia 24 tahun itu menggunakan media sosial untuk memohon maaf walaupun tanpa menyebut nama Powell.
"Saya mohon maaf di atas tindakan saya kelmarin. Saya mengecewakan rakan sepasukan, pengurus, jurulatih, ahli lembaga dan penyokong," katanya dalam kenyataan kelab.
"Saya sangat sedih kerana pengurus dan jurulatih memberi banyak kepercayaan kepada saya tetapi saya akan berusaha keras untuk memulihkannya.
"Ia berada dalam keadaan panas pada masa itu dan saya gagal mengawal emosi.
"Saya tahu ia tidak dapat diterima dan saya akan belajar daripada kad merah pertama dalam kerjaya saya ini," ujarnya.