Real Madrid terus dilanda perkhabaran buruk apabila ketua pasukan, Sergio Ramos dan Isco, dibebani kecederaan.
Ramos bergelut dengan masalah otot betis kirinya yang membengkak sementara Isco dalam keraguan kerana kecederaan pinggul kiri, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Madrid.
Kelab itu enggan meletakkan sebarang tarikh terhadap pemulihan mereka dan sudah pasti terlepas sekurang-kurangnya kunjungan ke Valencia.
Namun, terdapat laporan Ramos bakal diketepikan sehingga dua minggu.
Berita itu hadir selepas dua hari Madrid gagal ke separuh akhir Copa del Rey ekoran kekalahan 2-1 kepada Leganes di Santiago Bernabeu.
Sehubungan itu, ketua jurulatih, Zinedine Zidane, mengakui tugasnya semakin terancam memandangkan Barcelona kini mendahului mereka dengan 19 mata di puncak LaLiga selain bakal menghadapi aksi getir Liga Juara-Juara (UCL) dengan Paris Saint-Germain (PSG), bulan depan.