Skip to main content

Bola Sepak

Masalah hamstring kembali himpit Dembele

ousmane-dembele_1.jpg
Barcelona tersentak dengan situasi Ousmane Dembele yang bakal terlepas aksi sehingga empat minggu akibat kecederaan hamstring. 

Pemain antarabangsa Perancis itu dilanda masalah berkenaan dalam kemenangan 4-2 ke atas Real Sociedad, Ahad lalu, yang menyaksikan dia masuk untuk menggantikan Paulinho pada pertengahan babak kedua.

Dembele, yang menyertai gergasi Catalan itu dari Borussia Dortmund pada Ogos lalu, terlepas hampir kesemua aksi separuh masa pertama musim ini selepas mengalami kecederaan hamstring sewaktu menentang Getafe pada September lalu dan hanya kembali ke pangkuan pasukan utama Barca, bulan ini.

Bagaimanapun, semalam, kelab itu mendedahkan ia bukanlah kecederaan berulang. 

"Ujian mengesahkan bahawa pemain berkenaan telah mengalami kecederaan hamstring di otot semitendinosus yang tidak menjejaskan bahagian kecederaan pada awal musim ini," kata  kenyataan itu.

"Kecederaan itu bermakna dia akan tersisih untuk tempoh tiga hingga empat minggu."

Sementara itu, Barca mengesahkan Andres Iniesta mengalami kecederaan betis kanan dan "proses pemulihannya akan menentukan kelibatnya beraksi untuk perlawanan akan datang".
 

Advertisement

Must Watch Video