Skip to main content

Bola Sepak

Maradona ditawar beri Napoli kata-kata perangsang sempena hadapi Madrid

sarri-wants-maradona-team-talk-for-napoli-in-madrid-champions-league-clash.jpg
Ketua jurulatih Napoli, Maurizio Sarri, berharap Diego Maradona akan tampil memberi ucapan kepada pasukannya sempena perlawanan menentang Real Madrid. 

Anak buah Sarri bakal bertemu juara menanti itu dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu awal pagi esok -- pertemuan pertama mereka dalam saingan Eropah sejak 1987. 

Pemain legenda kelab itu, Maradona, menjadi inspirasi kelab itu, namun gagal menobatkan Napoli sebagai pasukan disegani di pentas Eropah apabila tewas 2-0 di ibu negeri Sepanyol berkenaan disusuli keputusan 1-1 ketika di Naples. 

Maradona, 56, akan hadir sebagai penonton di Bernabeu tatkala Napoli mengintai untuk melunaskan dendam lama, dengan Sarri dilaporkan menawarkan bekas ketua pasukan Argentina itu untuk memainkan watak penting.

"Alangkah bagusnya jika Maradona dapat memberi ucapan sebelum perlawanan berlangsung," katanya dalam sidang akhbar. 

"Langkah itu pasti akan membantu kami -- saya harap dia dapat meluangkan masanya."

Untuk itu, Sarri tidak mahu mengubah terlalu banyak pendekatan mereka untuk berdepan dengan pasukan kendalian Zinedine Zidane.

"Corak permainan yang diterapkan kami adalah berisiko tapi saya berasa takut ia tidak akan membantu."

"Kami perlu menjadi diri sendiri dan menghadapi perlawanan ini dengan tanggapan bahawa kami sedang berdepan dengan juara Eropah. Adalah penting buat kami mengukur keupayaan kami dengan sebuah pasukan yang bertaraf dunia.

"Perkara pertama yang kami perlu fikirkan adalah menampilkan aksi menarik ketika berdepan Real Madrid di Bernabeu. 

"Saya akan mengetengahkan strategi menyerang selagi boleh sambil cuba bertahan dengan baik dan mengekang Real Madrid."

Advertisement

Must Watch Video