Skip to main content

Bola Sepak

Maniam janji peningkatan berdepan JDT

p-maniam8b42c40a3d81604aa734ff0000212b38.jpg

Pengendali Selangor, P. Maniam, menjanjikan peningkatan pasukannya apabila berdepan Johor Darul Takzim (JDT), dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Maniam yang akan mengekalkan formasi 3-4-3 berdepan JDT, optimis bahagian pertahanan akan tampil lebih ampuh kali ini.

Selepas gawang Selangor bolos lima kali ketika tewas 5-3 kepada PKNS FC minggu lalu, Maniam memberi lebih tumpuan kepada barisan pertahanan.

"Kami bolos lima gol sebelum ini, jadi kami telah melakukan penambahbaikan terhadap barisan pertahanan. Pemain juga sedar akan kesilapan mereka.

"Mereka lebih yakin sekarang dan saya berharap mentalilti pemain lebih ampuh berdepan JDT," katanya.

Pengendali berusia 49 tahun itu dijangka melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan pasukannya, dengan Khairul Azhan Khalid dijangka menggalas tugas penjaga gol utama.

Sementara itu, pengendali JDT, Benjamin Mora, mengakui sudah mengkaji kekuatan Selangor dan akan memberi tekanan awal kepada lawan dalam memburu tiga mata di laman sendiri.

"Kami sangat bersedia dan telah mengkaji corak permainan Selangor. Kami akan cuba memberi ancaman sebaik perlawanan bermula.

"Kami akan cuba menguasai perlawanan dan menyajikan aksi menarik kepada pennyokong kami," jelas Mora.

Advertisement

Must Watch Video