Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United raih pendapatan tinggi tapi masih rugi

man-utd.jpg
Manchester United mencatat rekod pendapatan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak £648.4 juta (RM3.7 bilion) untuk tahun berakhir 30 Jun.

Angka itu meningkat 11 peratus daripada tahun sebelumnya dan mengatasi rekod sebelumnya yang dicatatkan pada 2019, tetapi Red Devils masih mengalami kerugian £42.1j (RM244.1j).

Pendapatan tinggi itu dicatat walaupun United beraksi dalam Liga Europa dan bukannya Liga Juara-Juara (UCL) yang menawarkan ganjaran lebih lumayan.

Kelab itu juga meramalkan mampu menjana pendapatan untuk tempoh 2023-24 adalah di antara £650j (RM3.7b) hingga £680j (RM3.9b).

Pengumuman itu dibuat ketika pengasas syarikat bahan kimia INEOS, Sir Jim Ratcliffe, dilaporkan hampir memperoleh 25 peratus kepentingan kelab itu.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video