Skip to main content

Bola Sepak

Manchester City pilihan saya -- Klopp

klopp-and-guardiola-cropped_dwl5gxdxdgy818leuz2u32sjs.jpg
Jurgen Klopp memilih Manchester City sebagai pasukan pilihan menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Arsenal bakal menerima kunjungan Leicester City hari ini untuk aksi pembukaan musim 2017-18 sementara Liverpool berkunjung ke Watford esok untuk memulakan saingan mereka.

Klopp meletakkan sasaran yang tinggi buat Liverpool, namun percaya City adalah pasukan yang perlu ditewaskan dengan memberi fokus terhadap impak Gabriel Jesus musim lalu.

"Pasukan pilihan adalah Manchester City," Klopp bercakap kepada DAZN.

"Mereka bermain dengan baik musim lalu dan tidak berdepan masalah ketara.

"Mereka berada dalam mod menyerang.

"Mereka sudah pun memiliki skuad yang mantap sebelum Jesus menyertai mereka dan saya berpendapat mereka bertambah kuat.

"Dia masih muda tetapi memiliki kekuatan. Kini mereka berjaya mendapatkan beberapa pemain pertahanan.

"Sudah tentu saya mengharapkan penamat yang lebih baik berbanding musim lalu.

"Manchester United hampir pasti akan bangkit dan kita akan lihat bagaimana prestasi Chelsea tanpa Diego Costa. Alvaro Morata adalah pembelian yang baik tetapi mereka juga kehilangan Nemanja Matic."

Liverpool menewaskan City di Anfield musim lalu sebelum terikat seri 1-1 di Etihad, dengan Klopp optimis mereka memiliki perancangan yang baik berdepan skuad kendalian Pep Guardiola.

"Rekod kami agak baik berdepan City," tambah Klopp.

"Tetapi sudah tentu tiada jaminan rekod itu akan kekal musim ini tetapi kami ada idea bagaimana untuk mengatasi mereka, namun ia bukan mudah.

"City adalah pasukan pilihan tetapi tidak bermakna mereka akan menjuarai liga. Mereka adalah pasukan pilihan saya. Tetapi kami perlu mengutip mata tanpa perlu memberi tumpuan kepada mereka."

Advertisement

Must Watch Video