Skip to main content

Bola Sepak

Malcom nafi alami tekanan di Barcelona

malcom-cropped_1ispfdaf3bqn217jrh81i5xunf.jpg
Pemain sayap Barcelona, Malcom, menafikan dia dalam keadaan tertekan untuk menyinar musim ini selepas tampil cemerlang ketika aksi Clasico berdepan Real Madrid, awal pagi tadi.

Pemain Brazil itu memadamkan jaringan pembukaan Lucas Vazquez untuk memastikan aksi pertama separuh akhir Piala Raja Sepanyol itu berakhir seri 1-1.

Malcom gagal merebut tempat dalam skuad utama sejak tiba daripada Bordeaux menerusi perpindahan bernilai EUR42 juta (RM195 juta) Julai lalu tatkala pemain berusia 21 tahun itu hanya beraksi sekali dalam kesebelasan utama Barca bagi aksi LaLiga walaupun dia bermula dalam kesemua lima perlawanan Piala Raja Sepanyol.

Tatkala Lionel Messi hanya boleh beraksi selaku pemain gantian, Ousmane Dembele masih dilanda kecederaan dan Philippe Coutinho bergelut dengan prestasi, persembahan cemerlang Malcom dilihat hadir tepat pada masanya.

Bagaimanapun, dia sentiasa menyesuaikan diri di Sepanyol walaupun perkembangannya tidak begitu baik.

"Saya sentiasa tenang sejak tiba di sini," katanya.

"Saya mempunyai rakan yang sentiasa memberikan keyakinan. Saya juga memiliki keluarga dan ejen yang berjuang untuk saya serta rakan sepasukan. Saya mempunyai sokongan di sini.

"Ia adalah jaringan yang membantu kami kembali bersaing. Kami akan ke Santiago Bernabeu dengan keyakinan."

Malcom mengakui dia kepenatan selepas memberikan sepenuh kudrat sehingga menyebabkan Carles Alena menggantikannya ketika aksi berbaki 14 minit.

"Saya sedikit penat," tambahnya.

"Saya tidak bermain banyak kebelakangan ini, namun saya yakin. Saya akan bekerja keras untuk meningkat."

Advertisement

Must Watch Video