Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin, mengesahkan rungingan bersama pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Mahali Jasuli, berjalan dengan baik dan pemain kebangsaan itu
bakal diperkenalkan sebagai pemain terbaru kelab Selangor itu musim ini.
Mahfizul menjangkakan Mahali akan turut diberikan sijil perpindahan negeri daripada pengurusan JDT untuk perpindahannya ke PKNS FC.
JDT sebelum ini turut mengesahkan Mahali akan dipinjamkan semusim bersama PKNS FC menerusi laman sosialnya.
"Persetujuan di antara kedua-dua pihak semakin hampir dicapai dan hanya syarat peribadi yang harus diselesaikan," kata Mahfizul.
Kemasukan Mahali kini menyaksikan PKNS mempunyai 27 pemain dalam skuad utama bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2018.
Namun, Mahfizul menjelaskan pengendali pasukan, Datuk K. Rajagobal diberi kebebasan membentuk skuad kali ini dan pihak pengurusan yakin dengan pemilihan yang dilakukan bekas pengendali kebangsaan itu bagi mengharungi saingan musim ini.
"Pihak pengurusan berpendapat pemain-pemain yang dipilih sesuai untuk membangunkan semula pasukan ini. Kami berharap beraksi dalam saingan Liga Super akan menjadi platfom terbaik buat pasukan mencipta kejayaan pada masa akan datang."