Skip to main content

Bola Sepak

Madrid lepaskan Yanez ke Getafe

ruben-yanez-180817.jpg
Getafe menyempurnakan perpindahan penjaga gol, Ruben Yanez, dari Real Madrid.

Pemain berusia 23 tahun itu memeterai kontrak empat tahun untuk berpindah ke Coliseum Alfonso Perez dalam divisyen dua dengan yuran yang tidak didedahkan. 

"Kami ingin berterima kasih kepadanya kerana menunjukkan teladan sepanjang tujuh musim di Real Madrid apabila dilahirkan menerusi akademi kelab sebelum menembusi skuad utama," kata juara Laliga itu dalam satu kenyataan. 

Yanez menyertai skuad remaja Madrid dari Girona pada 2010 sebelum menyertai pasukan C dan Castilla. 

Dia merupakan penjaga gol pilihan ketiga di bawah bimbingan Zinedine Zidane, di belakang Keylor Navas and Kiko Casilla, namun gagal membuat sebarang kemunculan, musim lalu. 


 

Advertisement

Must Watch Video