Skip to main content

Bola Sepak

Lyon sahkan Lacazette mahu berpindah

lacazette-010717_2.jpg
Presiden kelab Lyon, Jean-Michel Aulas, mengesahkan penyerangnya, Alexandre Lacazette, mahu meninggalkan pasukan Ligue 1 itu, sekaligus memberi harapan buat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, yang mahu mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Perancis itu.

Ketika Alexis Sanchez tampak hampir pasti ke Manchester City, Arsenal tidak mempunyai pilihan lain selain mendapatkan pengganti penyerang yang berkualiti tinggi dan Lacazette dilihat mampu mengisi kekosongan tersebut.

Dia menjaringkan 37 gol dalam 45 penampilan buat Lyon pada musim lalu, namun kecewa selepas sekadar menamatkan Ligue 1 di tangga keempat, sekaligus gagal melayakkan diri bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

“Lacazette sepatutnya berpindah ke Atletico Madrid, namun ia gagal diselesaikan.

“Dia mahu berhijrah dan kami mahu mengekalkannya,” kata Aulas.

Selain itu, Aulas juga mengesahkan akan menggantikan Lacazette dengan seorang lagi penyerang Perancis, namun tidak mendedahkan nama pemain tersebut.

Hal itu menimbulkan spekulasi bahawa akan wujud pertukaran di antara Lacazette dan penyerang Arsenal, Olivier Giroud, tetapi dinafikan Aulas.

“Penggantinya adalah seorang pemain Perancis atau pemain dari pasukan besar Eropah.

“Saya tidak pernah bercakap tentang pertukaran di antara Lacazette dan Giroud,” ujarnya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video