Skip to main content

Bola Sepak

Louis Vuitton taja pakaian luar padang Real Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

real-madrid.jpg
Real Madrid memastikan barisan pemain khasnya tampil segak apabila bekerjasama pengeluar jenama terkenal dari Perancis, Louis Vuitton, ketika berkunjung ke tempat lawan. 

Bintang kelab LaLiga itu, Jude Bellingham, telah pun dilantik sebagai duta jenama itu tahun lalu dan mengenakan pakaian jenama itu ketika menghadiri majlis Ballon d’Or. 

"Ia pertembungan di antara bola sepak dan kemewahan kata Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Louis Vuitton, Pietro Beccari. 

"Ia kerana bola sepak merupakan sukan nombor satu di dunia, manakala Real Madrid merupakan sebuah legenda. 

"Louis Vuitton mampu menandingi aura itu sebagai pemimpin global. 

"Ia satu penyatuan sempurna dan sejati." 

Gabungan dua jenama gergasi ini seiring dengan pelancaran produk bola sepak daripada Louis Vuitton dalam meneroka pasaran musim panas ini. 



 

Advertisement

Must Watch Video