LIVERPOOL 4 HOFFENHEIM 2
(Liverpool menang secara agregat 6-3)
Jurgen Klopp berasakan Hoffenheim tumbang seawal separuh masa pertama selepas Liverpool mara ke peringakat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL) dengan kemenangan 4-2 di Anfield, semalam.
Dual gol daripada Emre Can dan satu jaringan Mohamed Salah dalam tempoh 21 minit dalam babak pertama perlawanan meletakkan mereka dalam landasan terbaik sebelum meraih kemenangan agregat 6-3 di laman sendiri.
Jaringan Hoffenheim telah dihasilkan oleh Mark Uth dan Sandro Wagner, namun gol yang diledak oleh Roberto Firmino dalam babak kedua perlawanan memastikan kemenangan memihak kepada skuad kendalian Klopp.
"Persembahan kami yang cemerlang dalam separuh masa pertama seperti ribut taufan, saya amat gembira dengan pemain-pemain saya," kata Klopp.
"Saya tidak punya apa-apa untuk dikatakan, ia amat menakjubkan. Kami telah mengharungi 14 bulan sukar serta kerja keras telah dipamerkan oleh pasukan ini.
"Saya mengucapkan tahniah kepada setiap individu yang telah memastikan kami layak ke UCL. Mereka telah bermain dengan sempurna dalam babak pertama.
"Tahniah juga diucapkan kepada Hoffenheim kerana terus memberikan yang terbaik dalam perlawanan ini. Mereka menjaringkan dua gol kerana kualiti yang dimiliki pasukan itu.
"Kami tidak berasakan bahawa kami adalah pasukan pilihan dalam perlawanan ini."