Liverpool tidak akan menjuarai Liga Perdana Inggeris mahupun Liga Juara-Juara musim ini meskipun berjaya mengekalkan Philipe Coutinho, menurut bekas pemain, Graeme Souness.
Coutinho telah dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona yang ketika ini mencari pengganti Neymar selepas pemain itu berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan yuran perpindahan mencecah GBP200 juta (RM1.1 bilion).
Souness berasakan pemain tengah itu berkemungkinan besar akan berhijrah tetapi tidak dapat membayangkan skuad kendalian Jurgen Klopp mampu mencabar kejuaraan meskipun berjaya mengekalkan pemain berusia 25 tahun itu.
"Saya rasa Klopp perlu memastikan Liverpool mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan," Souness bercakap kepada Sky Sports.
"Jika berjaya membawa Liverpool mara ke peringkat lebih jauh dalam Liga Juara-Juara, saya rasa itu sudah cukup bagus buat Klopp.
"Tetapi saya tidak nampak mereka akan menjuarai Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris meskipun berjaya mengekalkan Coutinho."
Souness turut percaya khabar angin mengenai Coutinho turut meletakkan Klopp dalam keadaan sukar, dengan Liverpool bakal berdepan Watford alam aksi pertama liga, Sabtu ini.
Tambahnya:"Saya tidak rasa Klopp membuat pembelian yang cukup untuk mencabar dua kejuaraan ini.
"Jika mereka kehilangan Coutinho, mereka mungkin mendapat suntikan kewangan tetapi kemungkinan besar mereka akan mendapatkan pemain yang mereka sendiri tidak yakin mampu menjadi pengganti.
"Bagi pemain Amerika Latin, Barcelona adalah pasukan idaman."