Emre Can percaya keazaman yang ditonjolkan pemain dalam bilik persalinan mampu menjadi petanda positif buat Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.
Berpuas hati dengan persiapan pasukan setakat ini, Can berharap ia akan menjadi platform terbaik untuk menewaskan Watford malam ini, sekaligus memulakan misi merebut kejuaraan liga.
"Tahun lalu, permulaan kami tidak berjalan dengan baik. Saya tidak cergas sepenuhnya dan selepas beraksi, saya mengalami kecederaan," Can memberitahu LFCTV.
"Kemudian apabila saya kembali, pasukan sudah pun beraksi dengan baik, jadi agak sukar untuk saya menyesuaikan diri tetapi kali ini berbeza.
"Saya berharap apabila saya beraksi kali ini, ia akan membantu pasukan melakar kemenangan."
Selepas meledak gol cantik dalam aksi terakhir di Vicarage Road musim lalu, pemain berusia 23 tahun itu percaya pasukannya bersedia memulakan aksi dengan mantap.
"Saya rasa setiap daripada kami tidak sabar untuk beraksi," kata Can.
"Aksi pra-musim sudah berakhir dan kami semua gembira dengan prestasi setakat ini.
"Watford bukan lawan mudah tetapi kami semua sudah bersedia 100 peratus.
"Musim lalu, kami menang dengan keputusan 1-0 dan teringat lagi percubaan mereka pada minit akhir singgah ke palang gol dan ketika itu saya hampir kecewa! Saya berharap kami menang malam ini, perlawanan pertama amat penting."