LIGA INGGERIS
Lingard sertai West Ham hingga penghujung musim
Jesse Lingard menyertai West Ham secara pinjaman dari Manchester United hingga penghujung musim ini.
West Ham dilaporkan bersetuju untuk membayar gaji Lingard sepanjang berada di Stadium London dan membayar yuran sebanyak GBP1.5 juta kepada United.
Pemain berusia 28 tahun itu dibenarkan meninggalkan pasukan bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama, selepas sekadar membuat tiga penampilan di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer musim ini.
Iklan
Lingard beraksi di bawah bimbingan pengurus Hammers, David Moyes, ketika dia berkhidmat bersama The Red Devils dan tidak sabar untuk sekali lagi bekerjasama.
"Saya sangat teruja. Ia merupakan kisah baru kehidupan saya. Tiada jaminan tetapi saya telah tiba di sini dan mahu berusaha sebaik mungkin bagi membantu pasukan dengan pengalaman saya.
"Ia adalah sasaran saya. Saya mahu menikmati bola sepak dan kembali beraksi di atas padang.
"Terdapat banyak kelab yang terlibat dan saya berasakan ini adalah keputusan terbaik. Saya memiliki hubungan yang baik bersama pengurus ini dan pernah beraksi di bawah pimpinannya. Jadi dia mengetahui kemampuan dan kualiti yang dimiliki saya."
JLingz is a Hammer ? #WelcomeJesse pic.twitter.com/NXEk9xirbz— West Ham United (@WestHam) January 29, 2021
Moyes pula berkata, "Saya telah menyaksikan dia beraksi sejak remaja lagi. Dia mampu bermain di bahagian sayap kiri dan kanan.
"Dia bermain sebagai nombor 10 bersama England. Dia membawa pasukan kepelbagaian dalam pasukan. Seorang pemain yang bertenaga dan dikenali dengan kadar kerja yang tinggi. Jadi saya berasakan dia akan mampu cocok dengan barisan pemain lain.
"Saya juga berharap dia akan membawa mentaliti kemenangan daripada Manchester United."
Must-Watch Video