Skip to main content

Bola Sepak

Lingard, Lukaku bantu United cipta kemenangan

060118jesselingard.jpg
MANCHESTER UNITED 2 DERBY 0

Jesse Lingard dan Romelu Lukaku memastikan kemenangan 2-0 buat Manchester United ke atas Derby County dalam saingan pusingan ketiga Piala FA, awal pagi tadi.


Pemain tengah England, Lingard, meneruskan momentumnya sebagai peledak utama United dengan membuka jaringan ketika perlawanan berbaki enam minit untuk gol kelima dalam enam perlawanan ke atas The Rams.

Selepas menempuhi cabaran yang rumit, Lukaku memastikan kemenangan United pada penghujung perlawanan.

Marcus Rashford gagal mempamerkan persembahan cemerlang pada babak pertama selepas gagal menyempurnakan peluang untuk mencipta jaringan.

Penyerang England itu sekali lagi tidak bernasib baik apabila percubaannya pada babak kedua sekadar terkena palang gol manakala Paul Pogba turut gagal menemui sentuhan penyudah.

United meneruskan cabaran mereka dalam saingan Piala FA, dengan semangat yang tinggi dalam mencipta kemenangan yang diteruskan selepas mencipta kemenangan 2-0 ke atas Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini, sekali gus mengetepikan mimpi buruk mereka apabila tewas 2-1 kepada Bristol City dalam saingan suku akhir Piala EFL.
 

Advertisement

Must Watch Video