LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Penang pasukan pertama buat persiapan pramusim
Penang bagaikan memberi amaran untuk menggegar kancah bola sepak tempatan apabila muncul pasukan pertama membuat persiapan pramusim.
Skuad bimbingan Wan Rohaimi Wan Ismail itu sudah mula turun menjalani latihan kelmarin jauh lebih awal berbanding pasukan-pasukan lain.
"Persiapan untuk melengkapkan skuad dipermudahkan jadi kami tidak tunggu lama untuk memulakan persiapan.
Iklan
"Semua pemain melaporkan diri dan menjalani latihan dengan tekun.
"Pramusim selalunya mengambil masa 6-8 minggu tetapi saya memerlukan sedikit masa untuk mencari keserasian yang baru," katanya.
Tumpuan sesi latihan sulung skuad Haria Penang Haria tentunya terarah kepada rekrut baru yang membabitkan pemain import dan tempatan.
Selain Tchetche Kipre, Bruno Suzuki dan Stefano Brundo, Penang juga diperkuatkan dua import baru, Danilo Sipovac dan Thiago Fernandes.
Sementara itu, Wan Zack Haikal Wan Noor, Arif Farhan Isa, Amirul Hisham Awang Kechik, Akmal Zahir, Firdaus Saiyadi dan Khairul Azhan Khalid antara sandaran pemain tempatan.
"Penang akan dibarisi pemain berpengalaman.
"Kami sangat perlukan pengalaman dalam pasukan ini selain campuran pemain baru," katanya.
Must-Watch Video