CELTIC 5 ASTANA 0
Brendan Rodgers memacu Celtic dalam persembahan sempurna yang menyaksikan mereka menewaskan Astana 5-0 dalam aksi play-off Liga Juara-Juara sambil berharap diundi di samping Liverpool di peringkat kumpulan.
Juara Scotland itu begitu hebat dalam pertembungan di Parkhead untuk mengecewakan sebuah pasukan yang mampu memberikan ancaman.
Gol sendiri Evgeni Postnikov dan jaringan Scott Sinclair memberikan Celtic pendahuluan 2-0 sebelum masa rehat sebelum pemain terbaik Scotland pada musim lalu itu menggandakan jaringannya, sejam selepas permainan berlangsung.
James Forrest dan satu lagi gol sendiri oleh Igor Shitov memuktamadkan kemenangan mereka, sekaligus meletakkan Celtic dalam kedudukan selesa untuk mara ke kelayakan peringkat kumpulan dan Rodgers tidak menyembunyikan hajatnya.
"Ia keputusan dan persembahan yang hebat," katanya kepada BT Sport.
"Kami berdepan tekanan di peringkat awal musim ini, namun kami memberikan aksi hebat sepasukan untuk membuktikan sejauh mana pasukan ini telah meningkat dan berkembang.
"Mereka memperlihatkan kematangan untuk mengakhiri perlawanan ini dan patut menyumbat lebih banyak gol lagi. Tiada apa lagi yang boleh kami minta, ini adalah sempurna."
Celtic masih perlu melengkapkan kunjungan ke Kazakhstan untuk pertemuan kedua.
Melainkan berlaku kejutan yang menghalang kemaraan mereka ke peringkat kumpulan, Rodgers sudah memasang angan-angan untuk bertemu bekas kelab kendaliannya, Liverpool, yang pernah dibimbingnya selama tiga tahun sehingga 2015.
Liverpool di bawah bimbingan Jurgen Klopp, juga hampir pasti layak selepas membenam Hoffenheim 2-1 dalam pertemuan pertama di Jerman, semalam.
"Saya harap dapat kembali ke Anfield," tambahnya.
"Liverpool sebuah pasukan fenomena dengan pengurus yang hebat.
"Mereka mempunyai sokongan dan sejarah hebat."
Celtic akan ke Kazakhstan untuk pertemuan kedua, awal pagi Rabu minggu depan sebelum undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara diadakan dua hari kemudian.