Skip to main content

Bola Sepak

Lewandowski lega tiada lagi masalah dengan Robben

lewandowski-glad-to-overcome-robben-problems.jpg

Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandwoski, berkata di sering berdepan masalah dengan rakan sepasukan, Arjen Roben, di atas padang sebelum ini, namun kini menghargai perhubungan dengan pemain antarabangsa Belanda itu.

Timbul beberapa laporan sejak musim lalu bahawa gandingan kedua-dua pemain itu di Allianz Arena kurang baik susulan corak permainan Robben yang tidak gembar membuat hantaran kepada pemain lain.

Bagaimanapun, khabar angin itu mula surut dengan Lewandowski mengakui sudah mula menyukai pemain sayap berpengalaman itu.

"Pada awalnya kami berdua berdepan kesukaran," ujarnya.

"Saya perlu membiasakan diri dengannya, secara jujur corak permainan kami sangat berbeza sehingga mula membawa masalah.

"Tetapi kini segalanya sudah berubah, kami hanya perlu memandang antara satu sama lain untuk memahami pergerakan masing-masing. 

"Arjen seorang pemain dan individu yang hebat."

Advertisement

Must Watch Video